Padd Solutions

Converted by Falcon Hive

Wahai putera puteri,

Imbaulah masa-masa yang telah berlalu,
pasti akan kau temui satu zaman
yang didokong oleh para pahlawan islam,
para pemimpin islam dan orang-orang yang soleh.

Namun,
Setelah beberapa generasi berlalu,
Umat islam kian diselebungi kelekaan.
Akibatnya umat islam itu ditakluki dan ditindas
oleh perancangan-perancangan yahudi dan kerajaan kafir.

Lihatlah saudara-saudara kita di palestin,
yang berperang jasad bertungkus lumus memerangi mereka. Di sebalik itu, sedarkah kita?
Kita juga dalam diam ditakluki mereka.
Dengan segala perancangan yang telah disusun rapi.

Kekayaan kita dirampas,
Iman kita menjadi lemah,
Neraca kehidupan telah bertukar
dan hukum Al-Quran telah dihindari..

Mereka juga telah mendidik keturunan islam
dengan berbagai nama dan pakaian yang mempersonakan.

Begitulah pewaris-pewaris fir'aun itu
telah memperdayakan umat kita..

"Mereka saling merancang dan merangka konspirasi
untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat
supaya menjadi sampah sarap yang tenggelam di dalam
lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa
disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan.
Akibatnya mereka menjadi letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada agama Allah swt."
[Fi Zilaalul Quran]

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya
yang telah digunakan oleh pemimpin yang sesat lagi mengesatkan.
Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa,
Yang menukar helang rajawali menjadi burung denak,
Yang memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu..

Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut,
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu,
Dan memadamkan obor islam kita dengan tiupan nafasnya..

Sedarlah hai putera puteri,

Zaman kegemilangan islam telah berlalu,
Umat islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari..

Secara fitrahnya,
Manusia itu bencikan kehinaan dan kezaliman,
Tetapi dengan berbagai situasi yang mengelilingi,
ditambah dengan peristiwa yang menyelubungi mereka
dari semasa dan semasa, tanpa disedari mereka menerima
penghinaan dan tunduk kepada keadaan.
Secara beransur-ansur mereka berasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan..

Seterusnya mereka padamkan warisan umat islam
Zaman gemilang yang bertamadun tinggi,
Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana
Bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang
Untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kehidupan sebenar kepada mereka.

Namun,
Unsur kemuliaan masih berbaki dalam jiwa muslim,
Dan masih ada percikan bahang yang panas
Membara dalam darah..

Apabila pendakwah menyeru pada kemuliaan,
Memanggil kepada kemerdekaan,
Membangunkan jiwa yang terlena dan mengerakkan semarak yang telah nyenyak dibuai,
Maka.. berdenyutlah kembali kemulian di dalam jiwa
Dan menyalalah bara dalam sekam..

Ayuh!
Mari kita buktikan wahai putera puteri,

Kita adalah generasi muslim yang merdeka,
Kita tidak akan layu dek kerana penipuan mereka,
Tidak akan terpedaya dengan bisikan hawa nafsu..

Jangan biarkan diri kita diperhambakan,
Menjadi kijang yang pengecut,
Sedangkan kita adalah singa yang berani..

Sahutlah seruan yang membawa perubahan,
Ayuh kibarkan kembali julangan islam..
Patahkan taklukan yahudi itu,
Dari bumi dan jiwa kita..!!!

“Barang siapa mencari agama lain selain islam, maka tidak akan diterima agama dan amalannya itu daripadanya, dan dia di akhirat kelak tergolong dalam orang-orang yang rugi”
[Ali Imran: 85]