Padd Solutions

Converted by Falcon Hive


Dikala diriku lemah tidak bermaya di landa onak dan duri kehidupan.

Allah telah menjelaskan bahawa manusia yang paling pengecut dan yang paling mudah menyerah kalah serta cepat berputus asa menghadapi cubaan hidup sesungguhnya mereka-mereka ini adalah golongan kuffar. Moga-moga diriku tidak tergolong di kalangan golongan yang berputus asa.

"Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih." (Al 'Ankabuut:23)

Sesungguhnya aku memohon padaMu yaAllah yang hatiku berada dalam tanganMu. Kurniakanlah hatiku kekuatan, ketabahan dan ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur. Sungguh yaAllah, tidak sekali-kali akan aku berpatah balik kerana aku sekali-kali tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimurkaiMu. Inilah ujianMu, dugaanMu buat aku, buat diri menilai kembali sejauh mana keimananku kepadaMu. Sungguh aku bukan pengecut. Akan aku hadapi bersamanya ya Allah berilah kekuatan kepada hati-hati kami. Sesungguhnya hati-hati ini milikMu. Nauzubillah yaRabb. Janganlah Kau jadikan kami dari kelompok manusia yang ragu-ragu dan golongan manusia yang lemah keimanannya.

"Dan diantara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada ditepi, maka jika ia memperoleh kebajikan tetaplah ia dalam kebajikan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia kebelakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian adalah kerugian yang nyata." (Al-Hajj:11)

Sungguh yaAllah tidak akan aku berpatah balik. Aku bermohon ketetapan hati untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini yaAllah. Hatiku goyah yaAllah. Imanku tipis. Kurniakanlah hati ini kekuatan. Kurniakanlah ketabahan buatku. Ketenangan dan kedamaian. Kurniakanlah hati-hati kami secebis kedamaian dari taman-taman syurgaMu yaRabb. Berilah kekuatan buat diri kami untuk berjihad bermula dalam diri sendiri, juga berjihad untuk DeenMu yaRabbi. Sungguh yaAllah benar kata kekasihmu "Jihad yang paling besar adalah jihad melawan diri. Melawan hawa nafsu dan perasaan".

"Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit & bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (AlQuran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu."
(Al Mu'minuun:71)


Semoga Engkau memberi kekuatan dan ketabahan untuk ku melepasi ujian ini yaAllah. Ampunilah hambaMu atas dosa-dosa ku. Ampunilah ku atas kealpaan ku. Ampunilah ku atas janji-janji ku kepadaMu yang aku mungkiri. Golongkanlah aku dalam golongan hambaMu yang benar-benar beriman. Sesungguhnya sangat singkat umur ku di dunia ini yaAllah. Aku sekali-kali tidak menginginkan syurga di dunia melainkan syurga di akhirat. Tapi kadangkala aku tertipu oleh dunia. Dunia yang melalaikan. Aku sedar semuanya keseronokan yang sementara.

"Katakanlah kenikmatan dunia itu sedikit dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (An-Nisa:77)

Duhai tuhan yang pengasih lagi penyayang. Duhai pemilik hati-hati yang kerdil. Dengarlah rintahan hati hambamu ini yaAllah. Kurniakanlah kekuatan buat diriku untuk meneruskan perjalanan ku ini yaAllah. Semoga aku beroleh Nur Mu disepanjang perjalanan ku ini. Amean....