Padd Solutions

Converted by Falcon Hive

Sesuatu diantara waktu.
Mungkin kadang-kadang
kita tak menyedarinya.
Tapi sesuatu itu telah hilang
kerana sesuatu yang lain
yang telah kita lakukan.
Mungkin juga ia telah menjadi
sebab hilangnya senyuman kita.

Tapi..
Percayalah, ia tidak berlaku
dengan kebetulan.
Malah adalah ketetapan.
Penuh hikmah, penuh pengajaran.

Kerana kita tidak mengetahui..
Kerana kita kecewa..
Kerana kita sedih..
Kerana kita tidak menerima ketetapan itu..

Tetapi duhai diri empunya hati..

Disamping segala yang dikatakan buruk bagi kita itu,
tidakkah kita terfikir tersembunyinya yang baik?
Tidakkah kita terfikir Yg Mengatur segalanya
untuk kita sentiasa memberi hanya yg terbaik?
Sedarkah kita?

Lalu,
Bangkit lah diri menempuh realiti.
Semalam telah pun kita tinggalkan..
Sejauh mana mahu kita berlari kebelakang..
Sama sekali pasti..
Ia tidak akan kembali..

Bagaimana pula skrg?
Perlukah kita rosakkan apa yang dihadapan
kerana sesuatu yang tidak akan kembali?
Bersyukurkah kita kerana masih memiliki hari ini?

Duhai jasad berohani..

Kuatkan kaki melangkah,
Cekalkan hati menempuh hari,
Redha kan diri dengan ketentuan ilahi..
Teruslah tersenyum..
Biar betapa pahit rasanya,
ketahuilah, mahal harganya jika
redha pada ujian yang diberi..

Dan mungkin,
sesuatu yang telah hilang itu,
masih mungkin untuk kita miliki..
Jadi, mengapa perlu bersedih hati?
Berusahalah..
Kerana pepatah melayu juga mengatakan,
Patah tumbuh, hilang berganti..

Akhir kalam..
Coretan ini mungkin bukan
dari hati yang terlalu tulus dan suci..
Cuma sekurang2nya ia beserta
harapan untuk membawa sedikit makna..
Buat dirimu dan diriku..
Yang mungkin dilukai peristiwa di antara masa..

Adakah masih ada esok untuk kita merubah segalanya?
Itu tidak pasti kerana jawapan hanya pada-Nya..

(0) Comments

Post a Comment